Additional information
Weight | 2 kg |
---|
RM63.00
Set B:
Korean Healthy & Colorful food
Bibimbap Home-cook set
Bulgogi Paste 300g 1x
Kimchi 350g 1x
Bibimbap Sauce 350g 1x
Resepi Bibimbap
#Resepi_OmmaSón
Jom buat bibimbap sihat di rumah~
Hanya beli 3 product OmmaSón ni sahaja untuk menikmati makanan korea yang sihat~
✅ Bibimbap Sauce
✅ Bulgogi Marinade Paste
✅ Kimchi
===================================
Hari ni, kakFaiza nak share cara buat bibimbap yang senang dan mudah
Paling penting… kita dapat menikmati Bibimbap pada harga yang sangat berpatutan seisi keluarga
.
Haaa
Menarik kan?
.
Jom share resepi ni dan ajak anak2/ kawan2 baik kita masak bibimbap sama2 ❤️
.
Resepi : The most healthy Korean Food.. BIBIMBAP
Step 1
– 1kg daging yg dipotong nipis perap dengan Pes Bulgogi 30minit ~ semalaman
❗️Tips! : sekiranya nak guna sikit sahaja, boleh bahagikan daging tersebut ikut portion yang kita makan dalam bekas (contoh: 500g satu bekas), dan simpan dalam freezer. Keluar kan bahagian yang nak makan sahaja.
Makin lama daging diperap dengan pes bulgogi, rasa daging tu makin sedap tau~ 😊
Step 2
– Masak Nasi
KakFaiza suka guna beras jepun. Sedap!
Same je beras jepun korea tu~
Step 3
1. Masak daging yg diperap tadi atas frying pan.
Masak sehingga daging masak
Ikut kita nak kering atau berkuah
KakFaiza suka daging bulgogi yang berkuah ☺️
2. Sediakan telur mata kerbau ikut bilangan orang makan. Telur kuning cair dan goyang lagi sedap
3. Sediakan rencah sayur
✔️Daun salad potong
✔️Timun jepun potong nipis macam mancis
✔️Lobak merah potong macam mancis
✔️Celur taugeh & tos kan kasi kering
✔️Celur bayam brazil & tos kan kasi kering, gaul dengan minyak bijan, 1sk bawang putih yang di tumbuk
✔️Sekiranya ada lebihan perapan daging tadi, perap cendawan shitake yang dipotong nipis. Dan masak atas frying pan sehingga kering
Step 4
Sediakan mangkuk.
1. Lumurkan minyak bijan dipermukaan mangkuk
2. Masukkan nasi
3. Susun daging, sayuran macam gambar.
4. Atas sekali letak telur mata.
5. Tuang sos bibimbap
Step 5
Cara makan:
Gaul sahaja semua yang kita susun tadi macam nak makan nasi kerabu
Kemudian…
Ngap dan makan ☺️
Selamat mencuba~
Weight | 2 kg |
---|
m_zuhairi23 (verified owner) –
3 in 1 👏👏👏